Dulu rapat. Sekarang dah renggang.
21 October 2019
Pengalaman Di Kejar Anjing
Assalammualaikum...
Harini, jalan-jalan di muka buku (facebook), terjumpa rakan berkongsi quote di bawah ni. Rata-rata, ramai yang mempunyai pengalaman dengan encik Anjing ni 😂.
Kredit to Nakbebel- actually ambil daripada Google |
Tidak ketinggalan jugak, pada diriku.. Biasanya, part kena kejar Hanjing ni.. sama ada nak ke sekolah, balik sekolah atau kena pi kedai.. haha..
Aku dengan budak taman pergi sekolah naik basikal. Masa tu, basikal aku namanya Rally. Sebab nama dia Rally? - Handle basikal aku tu macam motor Awie.. Arwah ayah aku belikan basikal tu, masa belikan abang aku basikal BMX..
Basikal tu, macam nyonya punya.. berat basikal tu..tapi kalau dah kayuh.. lama-lama dia laju. Aku suka sangat basikal tu. Sampai ada satu masa, basikal tu kena curi.. Hampeh sungguh..
OK, berbalik cerita Anjing ni.. JOM, ni cerita aku..
Masa tu, kami berempat nak ke sekolah agama. Kiranya dalam jam 3pm.. Tau je lah..kan.. dengan angin sepoi-sepoi.. Jalan nak ke sekolah agama, memang kena lalu depan rumah anjing tu. Dari jauh, kami nampak anjing tu tidur. Kami pun, cuak jugaklah. Kami berhenti..
Aku: Wey, ada anjing lah
Angah : Kita lalu jalan ataslah..
Along: Penat..lah nak kayuh naik bukit.. Kawan aku cakap, kalau anjing kejar..kita jangan lari/ gerak.
Ikin: Betul ke?.
Along: Btul..
Aku: Jom, kita gerak.. senyap-senyap tau..
Tetiba...
Mak!!!!! - memasing kayuh bagai tak cukup tanah, bilamana tetiba anjing tu menggonggong.. dan berlari ke arah kitorang.. Huru Hara sekejap..
Masa tu, aku dah ke depan, tapi dengar lah suara along.. weh, berhenti weh..
Aku: kayuh laju-laju along...jangan berhenti..
Ntah, memasing ikut jalan yang berbeza.. last-last, kami jumpa di perhimpunan di sekolah agama.
Rupanya, ada yang patah balik..
Itulah pengalaman aku
Second time, tu.. aku nak pergi sekolah agama jugak. Tapi masa tu aku sorang-sorang je.. Sesi pagi.
Semalam, Cikgu Badrul pesan, esok hafal satu bab dalam Buku Tafsir, saya nak buat kuiz. Aku, pun duk lah hafal...Sambil kayuh basikal.. hafal punya hafal..
Tup-tup.. anjing ntah dari mana, datang sergah dan kejar aku.. Fuh, rasa macam tayar basikal tu kecik sangat buat pusingan.
Lemah semangat rasa, dengan ayat hafazan pun hilang. Tapi, alhamdulillah..kuiz haritu aku dapatlah jawab..
Sekian..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Year End Gathering
Hari ini, aku cuti. Jadi, ada banyak masa untuk buat macam-macam, termasuk plan makan-makan. Plan simple je sebenarnya. Disebabkan aku ada m...
-
Assalammualaikum.. Harini perjalanan hidup, macam2 ada.. macam ASTRO. Tetapi, biasalah kehidupan duniawi.. Orang kata, kalau risau kan ...
-
Assalammualaikum... Dalam mengira datangnya Ramadhan, pelbagai amalan kita sebagai umat islam cuba lakukan. InsyaAllah diterima atau tidah...
-
Hi semua yang membaca, Assalammualaikum OK #IFLA dah habis, sekarang kita teruskan rutin as usual. Oh sebelum tu: HAPPY MERDEKA DAY M...