Visitors

20 July 2012

Salam Ramadhan 1433

Salam Ramadhan 1433H semua. selamat berpuasa ye.. 




"Jika Jiwa tinggalkan badan, maka nafas berhembus pergi,
Jika hadir bulan Ramadhan, mari kita sucikan diri.
Maaf dipinta kekhilafan diri, moga Ramadhan lebih bererti."

SALAM RAMADHAN 1433 H

18 July 2012

Serbuk Cheese Ala Cheezy KFC punya pasal

Salam semua, uhm..esok dah nak tengok anak bulan..eiii, tak sabar nak puasa.. harap dipermudahkanlah segala amal ibadah dan urusan. Tinta dilancarkan berdasarkan kisah semalam, takkan kisah esok (boleh tapi hanya perancangan sahaja).

16 July 2012 – penghantaran barang yang di oder telah sampai, malangnya tiada orang di rumah, jadiknye kenalah saya menapak ke pusat poslaju Kuala Lumpur. Kena google nieh..

17 July 2012 – kerja macam biasa 8.30am tiba di tempat mencari rejeki, dan pulangnya jam 6pm, sebab hujan..hehe.. Biasalah kerja ku ini asik menguji kesabaran, kawal amarah dalam diri..stress kot. Bising jangan cakap lah..kita tegur elok2, sekejap je.. kita tegur secara kasar, pa lagi..budak muda, darah tengah panas menjawablah gamaknya.. Bikin panas dierang nie lah..bak kata lain ley spoil Mood tau.. “Korang ni tak boley ikut peraturan ke?” – jawapannya tak Boleh.. angin tak..soo the solution DIAM. Lagi kita argue lagi hebat debat nanti.
 
Seusai kerja, saya dengan gigih lah menaiki LRT Rapid dari Asia Jaya ke KL Central. Tanya akak yang yang meja information, dan saya ikutlah guide yang dia gtau. Masa nak turun ke tempat bas, bau perghh!! Busuk sangat. Dalam on the way ke stesen monorail.. sangatlah menakutkan, dengan gelap, ramai orang luar..risau je rasa. Sampai di monorail..kene lalu lorong sempit..eii tobat tak mo dah.pusing punya pusing, aku Tanya lagi cashier kat satu kedai tu

“Dek, pjabat pos laju di mana eak?”
“Terus nie, pejabat pos di hujung bangunan”
“Terima Kasih” – senyum kepenatan..

Dah lah baru balik keje, berpeluh-peluh lah den.. menapak.

Yes..itu dia… Pusat Poslaju Kuala Lumpur.. Alhamdulillah, sampai gak..huhu. Masuk je pejabat pos tu lebih kurang jam 6:45 pm. Staff kat situ Tanya : “Awak nak amik barang atau hantar?” – “saya nak amik barang” – “OK.terus je ke kaunter 05”

KAUNTER 5
“Encik, saya nak ambil barang sambil menghulurkan surat pengambilan barang”
Staff Pos: “ Ok, duduk dulu yer”
- aku sorang je kot..agaknya dah petang sangat..huhu
05 minit kemudian
Staff Pos: “ cik..cik.. Cik (nama penuh saya)
Saya: “ ehehe, sambil tersengih..p lah ke kaunter..”

Sign segala bagai..settle..
Satff Pos: “ ni serbuk cheese yang sedap tu eak?”
Saya: “ a’a serbuk cheese tapi saya baru nak rasa, tak taulah sedap ke tak.. hehe..terima kasih ye encik”
__
Nak balik sekali lagi pening, last2 jumpa encik POLIS, erm,,encik nak ke KL Central LRT camne eak?
Setelah di beri guide..jalan laju2 nie, cz lalu tempat tadi gak..
Tapi akhirnya sampai umah dalam jam 7:30pm..huhu’
Malam tu dok bancuh serbuk chesse makan ngan kawan2..memang sedap..(thumb up) berbaloii..hehe


Thanks . . kak Yana   (untuk view produk)


selamat membaca

13 July 2012

Kurangnya kesedaran sivik

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah berkenaan dengan kurangnya kesedaran SIVIK di kalangan masyarakat dan juga remaja.




Ilmu itu suci


Kenapa kesedaran sivik tu penting? Bukan fizik ye. Sebab fizik mungkin ramai yang tak tahu sebab tak belajar masa sekolah dulu. Ok. Tak kira la orang biasa mahupun kaya, kesedaran sivik memang penting. (http://www.mkhafiz.com/2010/12/kesedaran-sivik-itu-penting.html). Pada pendapat saya..lah, kesedaran sivik dalam diri semua dah kurengg..sapa setuju?? Uhm… 

 

Mari kita lihat di kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi.. takkisahlah depa IPTA @ IPTS: Bayar berjuta @ ditangung \(^_^)/… O.K. apa itu Mahasiswa?? “MAHASISWA”  BOLEH DIKATAKAN SESEORANG YANG AGAK CEMERLANG DALAM AKADEMIK, SUKAN DAN KEMAHIRAN. Ha..gempaq tak?? Jadi MAHASISWA..bangga tu.. Berjaya dari segala aspek TAPI tidak cemerlang dari segi sikap, kesedaran sivik, hormat menghormati, dan mematuhi setiap arahan.
Sudah lama saya lihat scenario seperti ini:


1.       Arahan simple diberi “letak buku yang di guna di atas TROLI” – TAPI..hampa.. ini yang berlaku

2.       Dilarang membawa sebarang makanan dan minuman ke dalam perpustakaan... APA YANG DI BUAT??- bawak air, goreng pisang ..Yang hangin..sampah selit kat celah buku. Tau pulak kalau staff wat rondaan sembunyikan. Sakit hati.. Pernah satu hari ada student ni, depan staff:

“eii..aku tak leh masuk..nak makan jambu”- pelajar

Bila staff pusing je tempat lain… mencecet dia lari ngan jambu..selmba badak tapir jer masuk library..anginn jer rasa..kalau boleh nak je tepek gambar dia dalam nie..tapi tak boleh.. pelajar tersebut perempuan. Aiii..perempuan lelaki sama aje..

3.       Dulu, kami fikir banyak sampah buang merata-rata seperti di tapak pasar tani disebabkan kekurangan tong sampah..dok lah Tanya management, nak mintak tong sampah, kene wat request…pulunlah ikut procedure..last-last..bila dapat tong sampah..aishh..tong kat sebelah, sampah kat atas meja tulah yang paling banyak, dengan tisu (geli den nak kutip: terpaksa guna kertas sapu)

4.       KECURIAN
a.       Notis 10 dah tepek, berwarna Print Besor2, sebab wujudnya org yang amik course "pencuri" barangkali … Namun pelajar tetap tak endah..hari ni je dah 4 org hilang duit.. Tanya camne leh hilang… 

"Saya letak dalam beg.."- pelajar
" ermm kan saya dah gtau Duit, laptop, semua brg bharga angkut bawak bersama. Beg je dok luar… sekarang camne??"

5.       BISING – dalam perpustakaan kat Malaysia ni of course kene senyap tiap masa..kan.. kalau luar Negara boleh kot bising2. Masuk perpustakaan je semestinya bising..OK kalau wat discussion ni..p tengok..rupa-rupanya..berkumpul ramai2 tengok U tube dan group ag satu tengok movie..volume leh plak nak full.. mana tak stress..

6.       Yang kena marah. Kami..juga STAFF…Budak MBA pun..cakap:

" Miss, finally library will be quiet... hehe..sengeh je lah aku..