14 March 2012

Gangguan Bekalan Air 14 Mac 2012 di Kuala Lumpur & Selangor

                     

Sumber :http://syahrulzaman.blogspot.com/2012/03/gangguan-bekalan-air-14-mac-2012-di.html?showComment=1331713059016#c4890788413492143970
[no edited work]

Penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor akan mengalami gangguan bekalan air pada 14 Mac 2012  bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya.ini ekoran kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.
Tempat-tempat yang terlibat adalah seperti berikut :

Hulu Selangor
Kawasan terlibat ialah Kuang, Kundang dan keseluruhan Bandar Tasik Puteri manakala kawasan Petaling melibatkan SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas dan Taman Mayang.

Turut terlibat ialah Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana & Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf, TTDI & Pinggiran TTDI, Sungai Pencala, Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera, Seksyen 12 hingga 14, Petaling Jaya, Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing dan Subang Bestari.

Kuala Lumpur
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Konvensyen Sime Darby , Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 hingga 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

Klang/Shah Alam
Kawasan terlibat adalah Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, Kampung Delik Kanan, Kampung Delik Kiri, Kampung Delik Dalam, Kampung Delik Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdan, Flat Sri Angkasa, Vista Indah Apartment,  Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic dan Taman Kota Permai.
 
Turut terlibat ialah kawasan Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar dan Sobena Jaya.

Kuala Langat
Melibatkan kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru.

Orang ramai yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk gangguan bekalan air berjadual di Laman Rasmi Syabas.

Ini jadual Gangguan Bekalan Air bulan
Mac 2012
 
*************************************************************************************************************
ha..nak dijadikan cerita, disebabkan gangguan air nie, cik pinky dengan rakan taulan serumah..dok lah mengosongkan baldi dan menadah air.. kerja sangat berjaya... ehehe..

*psst.. tapi kan, cik pinky cek-cek..tempat tinggal cik pinky tak tersenarai pun.. erm, tak pelah.. back up plan.. huhu

No comments:

Post a Comment

[COPY POST] Kecantikan adalah subjektif.

  Kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya. 😊😊😊😊😊 "Posting di bawah adalah nukil...