18 July 2011

Percutian Bersama keluarga _Kota Kinabalu

Kota Kinabalu (Capital City)

Sabah map


Kota Kinabalu dahulunya dikenali sebagai Jesselton, dinamakan sempena Sir Charles Jessel, salah seorang Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, atau BNBCC. Semasa Perang Dunia Kedua, Kota Kinabalu dan bandar-bandar lain di seluruh Sabah mengalami pengeboman bersekutu berat mana semua tetapi menyamakan kedudukan mereka. Baru muncul dari Perang Dunia Kedua, BNBCC mendapati ia terlalu mahal untuk dibina semula, jadi pada tahun 1946, Sabah jadi jajahan British sehingga tahun 1963, apabila Sabah telah diberikan Kemerdekaan di dalam Persekutuan Malaysia.

Pada 30 September 1967, Jesselton telah ditukar nama kepada Kota Kinabalu. 23 tahun kemudian, pada 2 Februari, 2000, beliau telah diisytiharkan bandar. Sebagai ibu negeri Sabah, KK juga pintu masuk ke bandar-bandar utama dan daerah yang lain dan mempunyai penduduk kira-kira 300,000.

Di sekitar bandar, terdapat pelbagai tempat menarik. Ramai yang boleh diterokai dengan berjalan kaki manakala yang lain boleh dicapai dengan bas atau teksi.


Bercuti bersama keluarga

Percutian kami di atur oleh abang ku, tetapi saat-saat akhir dia dan isterinya, kak hana (akak ipar aku lah tu) tak dapat pergi kerana..dapat baby baru..hehe.. (1st cucu untuk ibu)

Percutian kami bermula pada 06 Julai 2011 (Rabu). 
nas
afiq


amirul

abang dan ibu

- Jam 7 am kami semua bertolak ke lapangan terbang senai. Di hantar oleh abang menaiki kereta ucu. Tiba di sana, abang belanja makan McD..yummy..yummy.. Kata abang dalam kapal terbang makanan dia mahal, jadi kita makan lah dulu.
- kami masuk ke balai berlepas jam 8.30pagi. letak beg..dan scan nak masuk ke tempat menunggu. Untuk pertama kali nak naik kapal terbang..berdebar pun ade.. semua pass..

sementara menunggu



- Dalam flight kami di beri arahan segala bagai. Huhu..pening gak kepala.. berdengung telinga. Adalah dalam dua jam duk dalam tu..nasib baik adik afiq tido.. tak meragam sangat. Tiba di Lapangan terbang KK. Kami di ambil oleh MR kelvin. Kami tempah penginapan di Marina Condo di jalan api-api. Harga boleh tahan. Ni pun pak busu and ucu saya yang tolong tempahkan..huhu.. Rumah dia sangat lapang..ada 3 bilik, ada dapur..senang citer cam rumah fully furnish.

- setiba di sana, kami jalan-jalan kat sana, berdekatan penginapan... cari makan..hehe..kami makan di kedai makan mamak..tersangatlah mahal..mungkin guna daun pisang kot.. sampai jam 4pm kami berjalan. Jam 6pm dah mula gelap.Hari itu kami just berjalan di sekitar. Tidur dalam jam 11 lebih.

07 Julai 2011(hari ke dua)

- Hari ini kami bercadang ke Kota Kinabalu Park dan hot spring. Kami tempah kereta, sehari RM 526. Adikku amirul yang drive.. jauh jugak lah perjalanan ke sana..pusing-pusing..naik bukit..
- Sambil menikmati suasana di sabah..maha besar ciptaan tuhan. Sangat indah. Udara nyaman dan sejuk. Tapi apakan daya saya nie mabuk , jadi tak dapat nak menikmati sangat. Sebab dalam kepala dah set nak ter muntah... hehe..sungguhlah tak senonoh. Sejak dulu tak boleh jalan jauh..rugi-rugi.

Tiba di KK park, kami jalan kaki.. sambil posing-posing amik picture.

---
Perjalanan kami diteruskan ke hotspring..

Afiq ngan izam mandi di kolam air panas, manakala, saya, yana, amirul, ibu ngan nas.. pergi mendaki canopy walk.. nak naik jambatan gantung..hehe.. letih sangat. Almaklum tak pernah mendaki.. sampai di atas kene naik jambatan gantung..aduyai… gayat nye!!!.. terpaksa pegang adik.. wakaka..


08 July 2011

- hari ini, kami bangun..breakfast..then.. kene transfer sebelum jam 12.00pm ke unit baru..


- Setelah selesai urusan transfer rumah, kami pasar Philippines.. kami shopping mutiara, keychain, etc. selepas itu niat di hati nak ke Jeti Jesselton. Tapi tanya-punya tanya..semua tak tau..haha..last-last kami p makan di pasar besar KK.

- bila si kecik dah merengek..kami pun nak balik lah..jumpa pulak dengan sahabat saya di rumah sewa di vista..huhu..sungguh tidak sangka..dalam banyak-banyak tempat di seberang laut jugak kami jumpa..hehe

09 Julai 2011 (last day)

- hari ini kami akan balik semula. Mr kelvin menghantar kami ke airport jam 5.30 am. Ini lah gelagat kami nak tunggu jam 5.30pagi.. hehe

- setiba di airport KK, macam biasa p amik tiket..sebelum tu..adik nak makan doughnat..kebetulan ada..jadi kami pun beli..naik flight jam 6.30pagi.. adik tidur sepajang perjalanan. Di senai, abang adatang amik dan kami ke rumah abang tengok baby..anak buah..sayer!!


No comments:

Post a Comment

[COPY POST] Kecantikan adalah subjektif.

  Kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya. 😊😊😊😊😊 "Posting di bawah adalah nukil...