Visitors

30 June 2011

Hari Khamis yang suram

As salam
30June 2011..
Hari ini sedih sangat...
setahun sudah rupanya aku mengenalinya... bekerja sesama.. beli makan sama2..
banyak tunjuk ajar dari dia supaya aku lebih punya pendirian..
semua aku cerita kat dia..
Dia sangat sporting...
Hari ini, tamat sudah hubungan aku dengan dia..tak sanggup untuk aku berhadapan dengan kata-kata terakhir

Masa makan - " let's oder nescafe ais"
tak mao..nak teh ais..
"eiii..teh ais..so the village!!"
what's!!!- ahaha``

So..nescafe ais??
Nescafe ais adalah citarasa antarabangsa...
aku pasti mengimbau kenangan silam selama bekerja dengannya..


"Good Luck..thanks for everything"- will be miss ur words

en jaini (librarian), kak mazlin (HR staff). fizah (asisstant lib)


CITY UC

29 June 2011

Seminar KIK & SPP - 23 June 2011


Source : http://kp-perpustakaan.blogspot.com/


Seminar transformasi perkongsian sumber perpustakaan dan mesyuarat ahli sistem pembekalan penerbitan (SPP) / katalog induk kebangsaan (KIK) telah diadakan pada 23 Jun 2011 di Aras 2, Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia. Seminar ini dianjurkan dengan tujuan mendedahkan para peserta yang hadir mengenai kepentingan dan trend terkini perkongsian sumber perpustakaan. Ia juga bermatlamat membantu para peserta seminar dalam mempromosi perkhidmatan Sistem Perbekalan Penerbitan (SPP), Katalog Induk Kebangsaan (KIK) serta U-Pustaka kepada pengguna perpustakaan masing-masing. Selain itu, ia juga membuka ruang maklumbalas untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan SPP/KIK serta membincangkan isu dan masalah berkaitan perkhidmatan ini. Seminar ini juga diharap mewujud dan mengeratkan jalinan perkongsian pintar antara perpustakaan untuk kemudahan dan kepentingan pengguna.
Dianggarkan lebih 400 orang peserta telah menghadiri seminar tersebut. Seminar itu telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Raslin bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Antara isi kandungan di awal perasmian adalahmerangkumi:

Melalui seminar seumpama ini dengan tumpuan diberikan kepada aspek transformasi perkongsian sumber perpustakaan, kaedah ini merupakan salah satu cara untuk pihak Perpustakaan mengenalpasti dan memperolehi bahan-bahan yang tiada di perpustakaan bagi memenuhi keperluan pengguna semasa yang sentiasa bertambah. Ia akan menjadi platform utama menjadikan setiap perpustakaan itu saling lengkap-melengkapi dan menyokong antara satu sama lain dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna keseluruhnya.
Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan atau singkatannya SPP dan Perkhidmatan Katalog Induk kebangsaan dengan singkatannya KIK bermatlamat menyediakan kemudahan di dalam perpustakaan untuk membolehkannya berfungsi sebagai pusat kebangsaan atau pusat sehenti bagi pinjaman dan pertukaran sumber-sumber perpustakaan untuk menggalakkan ketersediaan terbitan-terbitan sama ada di peringkat kebangsaan dan sejagat. Ia juga berfungsi sebagai pemudah dan menggalakkan kerjasama kebangsaan dan antarabangsa serta perkongsian sumber di antara perpustakaan. Kerjasama yang diharapkan seumpama ini akan menjadikan perkongsian sumber maklumat lebih efektif dan ekonomik.
Beberapa ahli panel yang terdiri daripada pustakawan dan penceramah luar telah dijemput bagi membentangkan kertas kerja yang berkaitan dengan transformasi perkongsian sumber perpustakaan. Antara Topik yang dibentangkan termasuklah
a) Perkongsian Sumber Elektronik - Encik Amir Hussain Md Ishak (Pengerusi PERPUN)
c) Kaedah mempromosi perkongsian sumber SPP/KIK - Cik Nafisah Ahmad, Pengarah Perkhidmatan PERDANA
Pembentang kertas kerja terdiri daripada Cik Nafisah Ahmad, Pengarah Perkhidmatan PERDANA, Encik Amir Hussain Md Ishak (Pengerusi PERPUN), Paradigm Systems - CoP (Community of Practice) berkaitan Perkongsian Sumber Perpustakaan. Manakala Puan Siti Rodziah Othman, Timbalan Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia bertindak selaku pemudahcara.
Menurut Dato' Raslin Abu Bakar, seminar pada kali ini merupakan medan perantara perjumpaan antara ahli lama dan baru bagi berkongsi pengalaman di mana kali terakhir seminar seumpama ini diadakan ialah pada tahun 2009. Menurut beliau lagi, melalui program seumpama ini Perpustakaan Negara Malaysia berharap semua ahli yang terlibat akan mendapat pendedahan dan maklumat yang terkini berkenaan Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) dan Perkhidmatan Katalog Induk Kebangsaan (KIK) dan seterusnya dapat digunakan secara lebih aktif oleh semua ahli dalam usaha memantapkan lagi perkhidmatan perpustakaan masing-masing. Seminar ini juga diharap membuka ruang bagi bertukar-tukar pendapat, pandangan dan maklumat dalam usaha mentransformasikan perkhidmatan SPP/KIK menerusi bentuk perkhidmatan yang lebih kreatif dan inovatif kepada pengguna dan pelanggan Perpustakaan seluruh negara. Majlis seminar turut disusuli dengan mesyuarat ahli SPP/KIK pada sebelah petangnya.

09 June 2011

Saya cakap..Tak nak percaya

Salam semua.. lama asenya tak menaip di ruangan nie..
Al maklum..blog nie pun tujuan utama hanya nak tulis apa yang tak dapat diluahkan dialam nyata
hari ini... 
09 June 2011 adalah ulang tahun kelahiran arwah ayah..al-fatihah..
Cerita ni berlaku di tempat keje..
Di tempat koje..senate meeting di adakan..
Dalam tu ramailah staff-staff yang hadir..
Bila tengok senarai..nama...

AMEKOW!!!... 
dalam hati..tu..lah..aku cakap tak mao dengar..buat endah tak endah
mentang-mentang aku nie Quli..je..kan..
sekarang..
RASA'IN.. malu sendiri..
So..don't blame me..it's your fault..