Visitors

17 July 2009

BloG Award!!




1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

2) Pass the award to new other 15 blogs that you've newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

~~
~Chenta Dyea~

15 July 2009

Akhirnya dapat gak..yea!!!

Hari ni, dapat gak aku makan cheezy chikaroni.. huhu. sedappp...nyerrr. dah lame dok nak makan. hikhik. erm, price, ok lah.. tak de lah mahal mane pown. yang penting berbaloi..yum yum





Jalan...dan terus jalan

Minggu lpas xtually, aku p jenjalan kat mane?ngan sape? hehe. kat MidValley jarrr, ngan kwn sekolah. Best r jalan2 cuci mata, bowink r dok umah. fenin pala dok xde wat pe. aku ni bukanlah kaki jalan pown..saje sebenarnya.

1st kiterg p makna mcdonald..lunch + bkfst.. jimat r tu..kan..pastu g r jenjalan kat tmpat ape nape nye.. byk pet..binatang comey2..ngehhh. Haila..jaln..naik ats turun bawah pastu naik balik..hikhik.
p Jusco,jalan punye jalan.. penat r plak ase
namun, tak sedar..mase dah kat kul 6pm..

Member baik r kirenya..blnje makan TacO..aku pye r dok fikir..ingatkan Kuih TACO yang kueh tradisional tu..Naaa...rupe2 nye.. TACO..jopun maghi..mybe kot..






<< inilah TACO octopus = RM 4.30




Dah makan2 tu..ceh cam byk jerrr.. balik lah plak..ke VISTA. apepon, best saturday.

02 July 2009

CINTA , KASIH, SAYANG??

HANYA mereka yang pernah melaluinya pasti menyatakan betapa indahnya meneroka dunia cinta.

Yang gagal pula barangkali serik untuk meneruskannya buat kali kedua. Namun kepada mereka yang suka memburu cinta, istilah tewas, kecewa, pedih atau terluka tiada dalam kamus hidup mereka.

Sayang, cinta, kasih, suka atau obses kepada seseorang adalah elemen yang tertera dalam dunia perkasihan. Anugerah cinta adalah nilai yang tidak terhitung kerana di dalamnya terkandung pelbagai perkara yang memungkinkan anda bertemu dengan pelbagai rencah dan ranjau berbisa sebelum akhirnya menemukan cinta sejati.

Mungkin perasaan sedemikian pernah atau sudah anda lalui tetapi bagi yang baru pertama kali berdepan dengan perasaan dianggap aneh itu, ia mungkin satu pengalaman sukar ditafsirkan.

Hayati makna yang terkandung dalam kata-kata menyukai, menyayangi, mencintai atau apa saja yang berkaitan dengannya sebagai panduan.

Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.

‘Suka’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “Sudahlah, jangan menangis.”

‘Sayang’ adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

‘Cinta’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

‘Suka’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan menawan.”

‘Sayang’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

‘Cinta’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”

Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.

Di saat orang yang kau sayang menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.

Di saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”

Di saat kau suka padanya, kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.

Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.

Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.

‘Suka’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.

‘Sayang’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

‘Suka’ adalah hal yang menuntut. ‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima.

Cinta adalah hal yang memberi dengan rela

- From: syakilayanti-

5 perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

5 perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya :
1:wajah yang cantik
2: duit yang banyak
3:kesihatan yang baik
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan.. senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
kata nabi saw: “siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.” ‘sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat..

Hormati lah AZAN



  • Kematian itu pasti menjelma.

  • Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.

  • Cuba kita amati.

  • Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘ sakaratul maut’ . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”
  • Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya .
  • Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah..” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala’lamin..”
-Taufik-

Jom ke Hospital kajang

11 MAY 2009- Saya & adik je p Hospital kajang..1st time drive..sendiri. hehe. Blog ni ditulis , saja nak menyematkan pengalaman kami.
7.40am - Hantar ibu g keje. Then, trus memulakan perjalanan ke Kajang. Tapi mula2 kene r p johor dlu..kan.
Aku ikut jalan Kulai..masuk tol..then trus..samapi simpang kulai and caghi lebuhraya. 1st perhentian kat Restoran Jejantas..lapo la..al maklum tak bkfst ag..perut dah menyanyi2 mintak jamuan. hihi. Aku pun berhenti, p r sarapan, merangkap lunch r kot..cz jam dah ku 11 lebih. hehe.lpas makan, mulakan perjalanan..JOM KE KAJANG!!
Kami tiba di Kajang lebih kurang jam 12.50t/hari.. masuk dah area tu..kami punyalah pusing2…sampai sesat2.tak jumpa hospital..dah nk sampai masuk lbuhraya semula dah.ish2. kiterg ikut direction..pakcik kat kedai tu.ish3.
nak dijadikan satu pengalaman..lah..kiterg termasuk kat satu kawasan tu..tmpat dia huhu..menakutkan..jalan tak bertar..dah macm tempat pelik dah cam kat dalam TV..hihi..berimaginasi r plak.. drive2..pastu..niat di hati nak patah balik..tapi..tak jdi..alang2 baik trus..jalan dah la sunyi..sampai lah..kami jumpa pkcik bwk lori..jual sayur..aku p r tanya..jalan nak ke hospital kajang..mengikiu kata pakcik tu..trus je sampai jumpa jalan besar..aku pon dengn lafaz bismillah..drive ag..jalan..memg ase cam tak selamat..sampai..nmpak kwsan prumahan..then jmpa jalan besar..p ag tanya orang..
akhirnya..perjlanan.. mencapai ke destinasi..alhamdulillah.. sampai gak. kami p solat zhor..jam menunjukkan pukul 1.30pm. relaks.. kejap. p r appoitmnt tu.hihi. best lah pgalama. then..sekejap je..tmjanji. sku drive trus balik ke rumah..tapi singgah lah sekejap perhentian..nak isi minyk and asar..
Penat..ase kejang kaki. ahaha. jalan kulai pulak gelap..menakutkan..sepanjang pjalanan, kami berdua hanya diam sambil menumpukan prhatian pada pmandua. lebih kurang jam 8.30 pm..kami pon sampai di teratak ibunda di Kota Tinggi. wahhh…alhamdulillah..bersyukur rasanya.


KeSemPurNaaN

Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu….

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ……..

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang…
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. …

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh….
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. Akhirnya ia dibuang….

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA….

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. …
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL..